Assalamualaikum


Sabtu, 17 Disember 2011

Itu Ini Begitu Begini





Lagu ni memang terbaik..Agak-agak sape nyanyi???Meraka adalah salah sebuah kumpulan nasyid urban yang popular di Malaysia iaitu Mirwana.


Jadi,ini adalah liriknya.Selamat mendengar dan menghayati liriknya..^_=

Itu Ini Begitu Begini- Mirwana feat Altimet

(Intro) Mirwana

Kau membisik
Kau memanggil
Cuba mengheretku ke ruang fantasi
Bicaramu menggoda
Semua bagai indah
Hanya madah sia-sia
Racun berbisa

(Chorus) Mirwana

Itu Ini Begitu Begini
Beza persepsi di sana-sini
Cara dia dan cara mereka
Masing-masing punya citarasa
Itu Ini Begitu Begini
Gosip sensasi di sana-sini
Kisah dia cerita mereka
Tak peduli benar atau dusta

(Rap) Altimet

Aku merenung keluar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas
Pesanan ringkas di alat komunikasi
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah kuminati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi
Bila diumpankan secebis umpatan
Yang lebih penting lebih senang dilupakan
Yang gangsa digilap kita sangka emas
kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yag dikendung senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah
Hingga tubuh kebulur rohani resah

(Repeat Chorus) Mirwana

(Rap) Altimet

Satu masa dulu kita dua sejoli
Di antara hobi bercerita di kedai kopi
Hingga pukul dua, tiga, empat, lima pagi
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis
Macam baju tukar laju biar mereka menangis
Tak heran ada yang lain-lain
Kita saing bukan sukan hanya main-main
Bukan tempat untuk aku mencemuh mencaci
Tapi aku bukan lelaki itu lagi
kau ada hidup kau aku punya hal sendiri
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri
Kalau jumpa di luar pasti bertegur sapa
Jemput ke rumah aku kalau ada masa

(Bridge) Mirwana

Helah dan dusta punca sengketa
Menghancurkan segala
Bawa sengsara dan airmata

(Repeat Chorus)

Lagu: Akmal Mirwana
Lirik : Akmal Mirwana & Altimet




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments