Assalamualaikum


Khamis, 23 Februari 2012

Cinta Itu Buta~~

 

Tiba-tiba je rase macam nak tulis entry pasal cinta ni. Alhamdulillah,setakat ini belum ada perasaan nak bercinta lagi,tapi calon dah adahehehe.(setakat calon je pun nak kecoh,ceyh). Manalah tau kan,kalau ada jodoh,dapatlah jadi bakal Zaujati…huhu.Sebenarnye cinta itu memang fitrah dalam diri setiap yang bernama insan.Kalau tiada perasaan tu,memang jadi manusia yang rugilah.Sebab cinta tu bukan pada insan saja,tetapi pada Allah Ya Rabbul Izzati.Aku selalu je menolak cinta,kalau nak diikutkan ramai je yang nak..hehe..(perasan je lebih,dah la muka tak handsome).Bukan nak jual mahal,tapi dah jumpa dah insan yang berkenan di hati.Hakikatnya aku suka wanita yang tak bagi peluang untuk lelaki mendekatinya jika tiada sebab-sebab yang penting.Kalau ada urusan pelajaran,mungkin dia akan memberi ruang sedikit la.Tetapi untuk mendekati hatinya,(JANGAN HARAPLAH).kalau dia nak bagi pun,dia suruh jumpa parents dia..huhu.Alhamdulillah,gembira hati aku kalau dapat memiliki hati wanita itu.Dulu aku pernah senaraikan ciri-ciri boyfriend dan girlfriend yang boleh dikatakan Islamik.Tapi aku akan potong beberapa ciri-ciri yang aku rasakan tidak sesuai ye..huhu

  • Selalu mendoakan kebahagiaan anda.
  • Dia selalu bertanya “awak dah solat ke belum?”.
  • Bila kita ajak dia keluar dating,.dia akan cuba mengelakkannye.
  • Dia memahami dan akan bersabar bila kita memarahinya.
  • Memberi masa dan tidak memaksa bila kita tidak mahu bercakap dengan dia(merajuk la uh).
  • Dikala kita dalam kesusahan,.dia akan memberi kata-kata semangat dan memberi sokongan moral berbentuk doa  yang bisa menaikkan semangat kita.
  • Istiqamah dalam melakukan apa2 pun.
  • Tidak pernah kata tidak untuk kita melakukan apa-apapun perkara yang baik dan mendapat pahala.
  • Tidak pernah tunjuk yang dia cemburu sehingga mendatangkan pergaduhan,maknanya,kalau cemburu un,dia akan cuba memberitahu dengan cara yang paling lembut.
  • Kalau kita sakit,.dia akan datang melawat dan mendoakan kesihatan kita.
  • Tidak pernah ajak berpegangan tangan.
  • Kalau keluar dating un mesti ajak kawan2 dia ramai2.
  • Tidak pernah menyalahgunakan duit ibu bapanya untuk belanja kita.
  • Solatnya tidak pernah tinggal walaupun keluar dating.
  • Pakaiannya adalah pakaian yang menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
  • Boleh membimbing kita dalam agama(terutamanya lelaki ea).

 

Aku ni sebenarnya risaukan insan-insan yang aku sayang  terutamanya wanitalah.Sebagai lelaki aku terpaksa mengakui bahawa sebaik mana pun seorang lelaki itu,dia akan mempunyai sekelumit perasaan (player).Sebagai gantinya aku sendiri cuba mengelakkan diri aku dari bercinta,kalau nak sangat,nikahlah dulu.Lagi Molek!.hehehe,

 

Setakat ini je lah entry aku.Kalau ada yang tidak puas hati.harap maafkan patik ye.Patik hanyalah hamba Allah yang mendapat ilham untuk menulis.Insyaallah~

Recent Comments